JOHAN (MUHD. AMIRUL MUNIR) & NAIB JOHAN (SYAFIQAH FASIHA) ADIK-ADIKKU MUSIM KE-2

JOHAN (MUHD. AMIRUL MUNIR) & NAIB JOHAN (SYAFIQAH FASIHA) ADIK-ADIKKU MUSIM KE-2

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

KEM BESTARI SOLAT FASA 3 (4 WAWASAN)

KEM BESTARI SOLAT FASA 3 (4 WAWASAN)

KEM BESTARI SOLAT FASA 3 (4 WAWASAN)

KEM BESTARI SOLAT FASA 3 (4 WAWASAN)

KEM BESTARI SOLAT FASA 3 (4 PROGRESIF)

KEM BESTARI SOLAT FASA 3 (4 PROGRESIF)

KEM BESTARI SOLAT FASA 3 (4 PROGRESIF)

KEM BESTARI SOLAT FASA 3 (4 PROGRESIF)

SELAMAT HARI GURU TAHUN 2009 UNTUK SEMUA WARGA SKSA


SELAMAT HARI IBU TAHUN 2009


MURID-MURID SK SERI AMAN

MURID-MURID SK SERI AMAN





Monday, August 18, 2008

Ahlan Wa Sahlan




SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN, BEDONG, KEDAH


Sekolah Kebangsaan Seri Aman berasal dari Sekolah Persendirian Inggeris di Bedong yang wujud sejak zaman sebelum perang lagi. Malangnya sekolah tersebut terpaksa ditutup semasa pendudukan Jepun. Pada 21.12.1954, satu mesyuarat penaja ‘Bedong English School Committee’ telah mencetuskan penubuhan semula sebuah sekolah di Bedong. Dengan sumbangan kewangan yang menggalakkan daripada orang ramai, peruntukan kewangan, dan sebidang tanah seluas 5 relung 320 jemba daripada Kerajaan Negeri, sebuah bangunan 6 bilik darjah, pejabat, kantin, dan tandas telah didirikan dan siap pembinaanya pada bulan Disember 1954. Bedong English School dibuka dengan rasminya oleh Almarhum DYMM Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah pada 2 Januari 1955.


Pada tahun 1957, sebuah bangunan 4 bilik darjah didirikan dengan menggunakan Wang Lembaga dan sumbangan Sekolah Persendirian yang menumpang pada sesi petang. Dua bilik darjah kemudiannya ditambah menjadikan 6 bilik darjah bagi blok itu dalam tahun 1959, sebuah pejabat guru besar, bilik guru, dan setor didirikan dengan bantuan kewangan oleh pihak Sekolah Persendirian. Sekolah yang diuruskan oleh Majlis Tempatan itu bertukar pengurusananya pada awal tahun 1958 dengan mendapat bantuan penuh daripada kerajaan. Semua kutipan yuran dan pengurusan dikelolakan oleh Lembaga Pengurus di bawah Local Education Authority (LEA). Pada tahun 1961, khidmat LEA ditamatkan dan semua murid mendapat pelajaran secara percuma. Sekolah Persendirian pula ditamatkan operasinya pada tahun 1969.


Pada 20 Ogos 1975, pihak Jabatan Pelajaran Kedah telah meluluskan penukaran nama sekolah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Aman. Selepas penukaran nama, keadaan fizikal sekolah telah banyak berubah sehingga kini di mana terdapat 4 bangunan setingkat, sebuah bangunan 4 tingkat, sebuah surau, makmal komputer, kantin, dan pejabat yang telah diubahsuai beberapa kal

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online