JOHAN (MUHD. AMIRUL MUNIR) & NAIB JOHAN (SYAFIQAH FASIHA) ADIK-ADIKKU MUSIM KE-2

JOHAN (MUHD. AMIRUL MUNIR) & NAIB JOHAN (SYAFIQAH FASIHA) ADIK-ADIKKU MUSIM KE-2

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

KEM BESTARI SOLAT FASA 3 (4 WAWASAN)

KEM BESTARI SOLAT FASA 3 (4 WAWASAN)

KEM BESTARI SOLAT FASA 3 (4 WAWASAN)

KEM BESTARI SOLAT FASA 3 (4 WAWASAN)

KEM BESTARI SOLAT FASA 3 (4 PROGRESIF)

KEM BESTARI SOLAT FASA 3 (4 PROGRESIF)

KEM BESTARI SOLAT FASA 3 (4 PROGRESIF)

KEM BESTARI SOLAT FASA 3 (4 PROGRESIF)

SELAMAT HARI GURU TAHUN 2009 UNTUK SEMUA WARGA SKSA


SELAMAT HARI IBU TAHUN 2009


MURID-MURID SK SERI AMAN

MURID-MURID SK SERI AMAN





Monday, May 4, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU 2009

Semoga Allah melimpahi rahmat dan kasih sayang ibu kepada kita.

SELAMAT MENGHADAPI UJIAN PKBS 2 APRIL 2009

Semoga anda menjawap soalan yang diberi dengan betul.
Jangan terburu-buru menjawap soalan walaupun anda tahu soalan itu amat senang...
INGAT!!! USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN

Saturday, October 18, 2008

Di Hari Lebaran Aidilfitri

Kami Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari Hujung Songkok Sampai Hujung Kasut..

Wednesday, September 10, 2008

Nuzul al-Quran

Sejarah al-Quran:


Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran.


Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)


Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.


Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.


Erti Nuzul al-Quran:


‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.


‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.


Kehebatan al-Quran:


1. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)


2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.


3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.


4. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”
(al-Baqarah, ayat 23).


5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.


6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.


7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)


8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya

Peringatan:

1- Al-Quran untuk dibaca, bukan dijadikan perhiasan.

2- Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.

3- Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

4- Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.


Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).

Wednesday, September 3, 2008

Ramadan Datang Kembali......

Lafaz Ramadan berasal daripada perkataan ra, mim, dhod. Perkataan ini bermaksud membakar dan panas. Dengan ini, nampaknya Ramadan membakar dan menghapuskan dosa orang yang berpuasa.

Ada yang menghuraikan Ramadan seperti berikut:
* Ra: Reda Allah
* Mim: Keampunan Allah
* Dhod: Jaminan Allah
* Alif: Kemesraan Allah
* Nun: Anugerah nikmat Allah

Melihat kepada tafsiran ini, bermakna Ramadan bulan yang penuh rahmat. Kalau ada hamba Allah yang tidak merebut peluang bagi mendapat rahmat ini, maka ia sesungguhnya berada dalam kerugian.

Monday, August 18, 2008

Ahlan Wa Sahlan




SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN, BEDONG, KEDAH


Sekolah Kebangsaan Seri Aman berasal dari Sekolah Persendirian Inggeris di Bedong yang wujud sejak zaman sebelum perang lagi. Malangnya sekolah tersebut terpaksa ditutup semasa pendudukan Jepun. Pada 21.12.1954, satu mesyuarat penaja ‘Bedong English School Committee’ telah mencetuskan penubuhan semula sebuah sekolah di Bedong. Dengan sumbangan kewangan yang menggalakkan daripada orang ramai, peruntukan kewangan, dan sebidang tanah seluas 5 relung 320 jemba daripada Kerajaan Negeri, sebuah bangunan 6 bilik darjah, pejabat, kantin, dan tandas telah didirikan dan siap pembinaanya pada bulan Disember 1954. Bedong English School dibuka dengan rasminya oleh Almarhum DYMM Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah pada 2 Januari 1955.


Pada tahun 1957, sebuah bangunan 4 bilik darjah didirikan dengan menggunakan Wang Lembaga dan sumbangan Sekolah Persendirian yang menumpang pada sesi petang. Dua bilik darjah kemudiannya ditambah menjadikan 6 bilik darjah bagi blok itu dalam tahun 1959, sebuah pejabat guru besar, bilik guru, dan setor didirikan dengan bantuan kewangan oleh pihak Sekolah Persendirian. Sekolah yang diuruskan oleh Majlis Tempatan itu bertukar pengurusananya pada awal tahun 1958 dengan mendapat bantuan penuh daripada kerajaan. Semua kutipan yuran dan pengurusan dikelolakan oleh Lembaga Pengurus di bawah Local Education Authority (LEA). Pada tahun 1961, khidmat LEA ditamatkan dan semua murid mendapat pelajaran secara percuma. Sekolah Persendirian pula ditamatkan operasinya pada tahun 1969.


Pada 20 Ogos 1975, pihak Jabatan Pelajaran Kedah telah meluluskan penukaran nama sekolah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Aman. Selepas penukaran nama, keadaan fizikal sekolah telah banyak berubah sehingga kini di mana terdapat 4 bangunan setingkat, sebuah bangunan 4 tingkat, sebuah surau, makmal komputer, kantin, dan pejabat yang telah diubahsuai beberapa kal

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online